AMERIKA SYARIKAT, 6 Ogos - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, enggan mengulas pendiriannya berhubung kemungkinan Israel mengambil alih Gaza melalui tindakan ketenteraan.
Trump menyatakan bahawa tumpuan utama pentadbirannya ketika ini adalah untuk memastikan bantuan makanan dapat disalurkan ke Gaza yang terus berdepan serangan daripada sekutu rapat Washington, Israel.
"Bagi perkara selebihnya, saya benar-benar tidak dapat mengulas. Itu sepenuhnya terpulang kepada Israel," katanya ketika ditemui media pada Selasa.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan mengadakan mesyuarat bersama pegawai keselamatan tertinggi pada hari sama.
Media antarabangsa melaporkan, Netanyahu kini cenderung menyokong pengambilalihan ketenteraan secara penuh ke atas Gaza. -REUTERS