GAZA, 6 Ogos - Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui udara di bawah kempen 'Birds of Goodness'.
Operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Jordan serta disertai beberapa negara Eropah termasuk Perancis, Jerman, Belgium dan Itali.
Rakaman yang dikongsikan memaparkan pesawat pengangkut tentera menjatuhkan bantuan di beberapa kawasan di Gaza.
Media UAE melaporkan, sebanyak 3,840 tan bekalan makanan dan bantuan telah dihantar melalui udara setakat ini.
Pada hari sama, sebanyak 32 lori bantuan makanan turut memasuki Gaza melalui laluan darat. –VIORY