AMERIKA SYARIKAT, 6 Ogos - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran bahawa Kerajaan Persekutuan mungkin mengambil alih pentadbiran Washington D.C. susulan peningkatan kadar jenayah di ibu negara itu.
Menerusi satu perkongsian di platform Truth Social, Trump meluahkan rasa tidak puas hati terhadap situasi keselamatan di bandar berkenaan.
Beliau mencadangkan agar undang-undang di Washington D.C. dipinda bagi membolehkan pesalah juvana dibicarakan sebagai orang dewasa dan dikenakan hukuman penjara lebih lama, bermula seawal usia 14 tahun.
Trump turut menegaskan bahawa sekiranya kerajaan tempatan gagal mengambil tindakan segera, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai pilihan selain mengambil alih pentadbiran bandar tersebut. -REUTERS