TEHRAN, 31 Oktober - Pasukan tentera laut Iran merampas sebuah kapal berdaftar milik warga asing yang menjalankan aktiviti penyeludupan minyak di Teluk Arab.
Menurut laporan media tempatan, anak-anak kapal turut ditahan dalam operasi tersebut.
"Angkatan laut Kor Pengawal Revolusi Islam telah merampas sebuah kapal tangki asing yang membawa 11 juta liter bahan api seludup", kata Mojtaba Ghahremani, Ketua Kehakiman wilayah Hormozgan.
Kenyataan itu juga tidak berkongsikan maklumat penuh berhubung rampasan berkenaan dan juga tidak mendedahkan pemilik kapal terbabit.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Iran telah mengumumkan beberapa operasi yang menyasarkan penyeludupan bahan api di kawasan teluk yang mana menjadi sumber terbesar minyak dunia dihasilkan dan dihantar.
Harga petrol di Iran mempunyai antara harga yang terendah di seluruh dunia sekali gus menjadi motif utama untuk berlaku aktiviti penyeludupan ke negara lain sebagai perniagaan yang menguntungkan.
Pada September, Iran berkata ia telah merampas sebuah lagi kapal asing yang membawa 757,000 liter bahan api seludup di kawasan yang sama.-AFP
(FOTO AFP)