fb fb fb fb fb

Banjir landa beberapa bandar di India akibat hujan monsun berterusan

Foto AFP

NEW DELHI, 4 Ogos – Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan beberapa sungai utama melimpah di utara dan timur India, sekali gus mencetuskan banjir di beberapa kawasan pada Ahad, lapor media tempatan.

Antara kawasan terjejas termasuk Prayagraj di negeri Uttar Pradesh, di mana anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) India telah dikerahkan bagi menyelamatkan penduduk dari sebuah pos polis yang ditenggelami air sehingga ke tingkat satu.

India kini berada dalam fasa puncak musim monsun, yang memainkan peranan penting terhadap ekonomi negara itu bernilai hampir AS$4 trilion.

Monsun menyumbang kira-kira 70 peratus daripada jumlah hujan tahunan yang diperlukan untuk sektor pertanian serta penambahan semula sumber air bawah tanah dan takungan.

Hampir separuh daripada kawasan pertanian di India masih tidak mempunyai sistem pengairan tetap dan amat bergantung kepada hujan monsun yang berlaku antara Jun hingga September bagi memastikan pertumbuhan tanaman.

Bagaimanapun, jumlah hujan yang terlalu tinggi boleh membawa kesan sebaliknya, termasuk insiden banjir dan masalah takungan air, terutama di kawasan yang mempunyai sistem saliran yang lemah. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN