fb fb fb fb fb

Yayasan Kemanusiaan Gaza terus jadi sasaran Rejim Zionis

Pusat bantuan kemanusiaan kini menjadi sasaran mudah Rejim Zionis untuk membunuh penduduk yang terdesak

GAZA, 10 Ogos - Sekurang-kurangnya 34 lagi rakyat Palestin maut ditembak Rejim Zionis semalam dengan sebahagian daripadanya dibunuh ketika beratur menunggu bantuan kemanusiaan.

Menurut jurucakap Agensi Pertahanan Awam Gaza Mahmud Bassal, daripada jumlah itu, sembilan daripadanya maut ditembak berdekatan sempadan Utara Gaza.

Serangan turut menyebabkan 181 mangsa lain cedera.

Enam lagi penduduk ditembak berdekatan pusat bantuan kemanusiaan di tengah Gaza.

Selain membunuh penduduk yang beratur menunggu bantuan, tentera negara haram Israel juga melancarkan serangan dron di Selatan Khan Yunis yang mengorbankan sekurang-kurangnya tiga mangsa.

Baki mangsa yang maut pula dilapor berlaku di seluruh Gaza.

Pusat bantuan kemanusiaan yang diuruskan Yayasan Kemanusiaan Gaza kini menjadi sasaran mudah Israel untuk membunuh sesuka hati.

Ini kerana Yayasan yang disokong Israel dan Amerika itu menjadi tempat mudah untuk mengumpul para penduduk yang terdesak mendapatkan makanan dan rawatan. -AFP

JALALUDDIN BIN BAHARIN