fb fb fb fb fb

Turkiye sedang kemuka dokumen kes serangan Israel di Gaza

Foto REUTERS

ISTANBUL, 12 Januari- Turkiye sedang mengemukakan dokumen berkenaan kes yang dibawa Afrika Selatan terhadap Israel di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam Palestin.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata pihaknya akan terus menyediakan dokumen, kebanyakannya gambar mengenai serangan Israel terhadap Gaza.

"Saya percaya bahawa Israel akan disabitkan kesalahan di sana. Kami percaya kepada keadilan ICJ," kata Erdogan kepada pemberita di sini.

Afrika Selatan mengemukakan rayuan segera kepada ICJ untuk memaksa Israel menggantung serta-merta operasi ketenteraannya di Gaza pada 29 Disember 2023.

Afrika Selatan berhujah, Israel melanggar Konvensyen Genosid PBB 1948 selepas Perang Dunia II dan Holocaust.

Serangan Israel sejak 7 Oktober lalu telah meragut 23,469 nyawa rakyat Palestin.

Seramai 2.3 juta penduduk Gaza turut kehilangan tempat tinggal akibat serangan itu.

Ia turut memusnahkan infrastruktur awam dan juga menyebabkan kekurangan makanan, air serta ubat-ubatan. - REUTERS

Artikel Berkaitan:
Malaysia ulangi komitmen sokong Afrika Selatan heret Israel ke ICJ
Konflik Gaza, Israel akan jawab tuduhan Afrika Selatan
Perbicaraan genosid Gaza, Afrika Selatan mohon injunksi henti serangan di Gaza
Pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Afrika Selatan tuduh Israel di Mahkamah Dunia


NIZAHA BINTI ABDUL KAREM