fb fb fb fb fb

Turkiye beri amaran jangan cederakan rakyatnya

Rakyat Turkiya adakan bantahan di Istanbul bagi membantah tindakan Israel memintas kapal misi Freedom Flotilla Coalition/REUTERS

ANKARA, 8 Oktober - Speaker Parlimen Turkiye memberi amaran kepada Israel agar tidak mencederakan tiga ahli parlimennya yang ditahan, selepas kapal membawa bantuan ke Gaza dipintas oleh tentera Israel.

“Jika sehelai rambut pun diusik terhadap rakan-rakan kami yang merupakan ahli Perhimpunan Agung Negara Turkiye, kamu akan dipertanggungjawabkan di hadapan masyarakat dunia.

"Usaha sedang dilakukan untuk membawa mereka pulang." kata Numan Kurtulmus.

Tiga ahli parlimen berkenaan ialah Necmettin Calıskan, Sema Silkin Un dan Mehmet Atmaca.

Dalam kejadian berasingan, satu protes diadakan di Istanbul bagi membantah tindakan Israel memintas kapal tersebut.

Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Turkiye dan Palestin sambil melaungkan slogan seperti “Hidup neraka untuk para penzalim” dan “Jatuhlah Amerika Syarikat, jatuhlah Israel.”

Misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang cuba menghantar bantuan ke Gaza telah dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa hari ini. -REUTERS

SITI AISHA MELISA YUHANIZ