fb fb fb fb fb

Pelan damai : tidak adil beban hanya kepada Hamas, Palestin

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan/REUTERS

ANKARA, 8 Oktober - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa tidak adil dan tidak realistik untuk meletakkan seluruh beban keamanan di Gaza ke atas Hamas dan rakyat Palestin sahaja.

Berucap di hadapan ahli parlimen dari partinya, Erdogan berkata, serangan berterusan oleh Israel merupakan halangan terbesar kepada usaha damai, walaupun terdapat pelan perdamaian yang dibentangkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Beliau turut menyifatkan rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung di Mesir yang disertai oleh pegawai Turkiye sebagai sangat penting.

"Hamas adalah sebuah kumpulan pejuang dan bukannya organisasi pengganas seperti dilabel oleh negara-negara Barat," Erdogan sekali lagi mengulangi pendiriannya.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ