fb fb fb fb fb

Banjir di Vietnam, paras sungai tertinggi sejak 40 tahun

Banjir di kawasan That Khe, Vietnam/AFP

HANOI, 8 Oktober - Vietnam melaporkan paras banjir tertinggi dalam hampir 40 tahun di tiga sungai utama di bahagian utara negara itu.

Menurut media tempatan, paras air Sungai Bang, Thuong dan Trung telah melebihi rekod banjir sejak tahun 1986.

Sungai Trung di wilayah Lang Son, yang bersempadan dengan China, dijangka mencecah hampir dua meter lebih tinggi daripada rekod terdahulu.

Jabatan Meteorologi Vietnam turut melaporkan paras air Sungai Cau di Thai Nguyen melebihi paras rekod lebih satu meter.

Puluhan ribu penduduk terperangkap di rumah masing-masing dan terpaksa melarikan diri ke tempat selamat.

Bencana itu menenggelamkan kenderaan dan bumbung rumah di beberapa kawasan bandar, kira-kira 80 kilometer dari Hanoi.-AFP

SITI AISHA MELISA YUHANIZ