STOCKHOLM, 8 Oktober - Ahli sains Richard Robson, Susumu Kitagawa dan Omar Yaghi menerima anugerah Nobel Kimia 2025 atas sumbangan dalam menangani cabaran perubahan iklim dan kekurangan air bersih.
Ketiga-tiga mereka membangunkan struktur molekul yang dikenali sebagai rangka logam-organik (MOF).
Ia mempunyai ruang dalaman besar yang membolehkan gas dan bahan kimia lain mengalir melaluinya.
Bahan tersebut boleh digunakan untuk mengutip air dari udara padang pasir, menangkap karbon dioksida, atau menyimpan gas beracun.
Juri anugerah itu menyatakan bahawa hasil penemuan ketiga-tiga saintis tersebut membolehkan ahli kimia membina puluhan ribu jenis MOF yang berbeza.
“Sebahagian daripadanya mungkin dapat membantu menyelesaikan beberapa cabaran terbesar manusia,” tambah kenyataan itu. -REUTERS