fb fb fb fb fb

Turki menentang keahlian NATO untuk Finland, Sweden

(Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tidak sokong hasrat Finland, Sweden sertai NATO)

ISTANBUL, 13 Mei - Turki tidak senang dengan hasrat Finland dan Sweden menyertai pakatan ketenteraan NATO dan menuduh negara-negara Scandinavia itu melindungi militan Kurdish di negara mereka.

"Kami tidak mempunyai pendapat yang positif. Negara-negara Scandinavia adalah seperti rumah tetamu untuk organisasi pengganas," kata Presiden Recep Tayyip Erdogan kepada wartawan selepas solat Jumaat di Istanbul.

Turki telah sekian lama menuduh negara Nordik, khususnya Sweden yang mempunyai komuniti pendatang Turki yang kuat, melindungi kumpulan pelampau Kurdish dan penyokong Fethullah Gulen yang dikehendaki berhubung rampasan kuasa 2016 yang gagal.

(Presiden Turki Tayyip Erdogan mengadakan sidang akhbar semasa sidang kemuncak NATO di ibu pejabat Perikatan di Brussels, Belgium 14 Jun 2021/REUTERS)

Ankara yang menikmati hubungan baik dengan Kiev dan Moscow berminat memainkan peranan pengantara untuk menamatkan konflik dan telah menawarkan untuk menjadi tuan rumah sidang kemuncak pemimpin.

Walaupun telah membekalkan Ukraine dengan dron tempur, Turki mengelak daripada menyertai kempen sekutu Barat mengenakan sekatan terhadap Rusia. -AFP

Media Baharu