fb fb fb fb fb

Presiden UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan meninggal dunia

(FOTO AFP)

ABU DHABI, 13 Mei - Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Presiden negara Teluk yang kaya dengan minyak itu, yang jarang dilihat di khalayak ramai, mungkin akan digantikan oleh abang tirinya, Putera Mahkota Abu Dhabi Mohammed bin Zayed, yang sudah dilihat sebagai pemerintah de facto UAE.

Mengikut perlembagaan, Naib Presiden dan Perdana Menteri, Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum yang juga pemerintah Dubai akan bertindak sebagai Presiden sehingga majlis kebangsaan kumpulan tujuh emir bertemu dalam tempoh 30 hari untuk memilih Presiden baharu.

(Presiden Sheikh Khalifa Bin Zayed Al-Nahyan (kanan), dan Putera Mahkota dan pemerintah Dubai
Sheikh Mohamed Bin Rashid Al-Maktoum pada tahun 2007 / FOTO FAIL AFP)

Kementerian Hal Ehwal Presiden mengumumkan 40 hari berkabung, dengan bendera separuh tiang mulai Jumaat dan kerja di sektor awam dan swasta digantung untuk tiga hari pertama.

Sheikh Khalifa mengambil alih sebagai presiden kedua UAE pada November 2004, menggantikan bapanya sebagai pemerintah ke-16 Abu Dhabi, yang terkaya daripada tujuh emiriah persekutuan.-AFP

Media Baharu