fb fb fb fb fb

Arab Saudi dilanda gelombang panas, angin kuat mulai 13 hingga 16 Mei

(GAMBAR FAIL)

RIYADH, 13 Mei - Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi mengumumkan bahawa sebahagian besar negara itu akan mengalami suhu setinggi 49 darjah Celsius dan angin berdebu mulai hari ini (Jumaat) sehingga Isnin depan.

Pusat tersebut menyatakan wilayah Makkah dan Madinah dijangka mengalami gelombang panas, dengan suhu maksimum mencecah 46 hingga 49 darjah Celsius.

(GAMBAR FAIL)

Ia juga menyatakan kesan gelombang panas itu akan turut dirasakan di bahagian pesisiran pantai Yanbu, Rabigh dan Jeddah serta Umluj di wilayah Tabuk.

Gelombang panas itu akan diiringi dengan angin berdebu pada permukaan aktif yang mengurangkan jarak penglihatan mendatar.-AFP

Media Baharu