fb fb fb fb fb

Turki menemukan sembilan mayat pendatang asing

Foto hiasan

ISTANBUL, 22 Januari- Sekurang-kurangnya sembilan mayat terdampar di pantai selatan Turki minggu lalu disyaki pendatang asing yang hilang pada Disember, lapor media tempatan pada Isnin.

Tiga mayat lagi ditemukan semalam di pantai Laut Mediterranean Antalya berhampiran Mugla. Ia menjadikan jumlah keseluruhan mayat itu kepada sembilan, lapor media Turki.

Menurut pejabat gabenor dalam satu kenyataan, pegawai tempatan sedang menimbang kemungkinan mayat itu hanyut ke darat selepas bot yang membawa 90 pendatang karam di Mediterranean penghujung tahun lepas.

Kedutaan Lubnan di Ankara melaporkan kehilangan sebuah bot dengan 90 pendatang pada 11 Disember lalu dipercayai belayar dari perairan antara Lubnan dan Syria menuju ke pulau Mediterranean Cyprus.

Menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM), lebih 3,000 pendatang hilang di lautan Mediterranean pada 2023.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI