fb fb fb fb fb

Tunjuk perasaan rakyat Belanda terhadap sekatan COVID-19 cetus pergelutan dengan pihak polis

FOTO: AFP

AMSTERDAM, 3 Januari - Ribuan rakyat Belanda mengadakan tunjuk perasaan semalam, membantah langkah sekatan dan arahan vaksinasi COVID-19 yang dikenakan di negara itu.

Kekecohan tercetus apabila berlaku pergelutan antara pihak polis dengan penunjuk perasaan.

Menurut laporan, pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.

Bagaimanapun, arahan tidak diendahkan penunjuk perasaan berkenaan.

Penunjuk perasaan kebanyakan mereka tidak memakai topeng dan melanggar peraturan penjarakan sosial, juga tidak mengendahkan arahan untuk tidak mengadakan perarakan.

Mereka hadir dengan membawa kain rentang bertulis 'Kurangkan penindasan dan lebih ambil berat', selain slogan menuntut kebebasan.

 

Media Baharu