fb fb fb fb fb

Belum selesai, perjalanan penumpang terganggu lebih 2,600 penerbangan dibatalkan

FOTO AFP

WASHINGTON, 3 Januari- Rakyat Amerika Syarikat yang kembali daripada perjalanan cuti hujung tahun dan Krismas sekali lagi terpaksa berdepan situasi tidak menentu di lapangan terbang.

Lebih 2,600 penerbangan dibatalkan disebabkan cuaca buruk juga kekangan kakitangan syarikat penerbangan akibat jangkitan varian Omicron.

Situasi itu dijangka semakin buruh hari ini susulan ribut salji bertiup ke arah timur.

"Setakat 10.00 malam (Isnin) lebih 2,650 penerbangan domestik dan antarabangsa berlepas atau tiba di Amerika Syarikat telah dibatalkan, hampir sama banyak dengan 2,750 pembatalan pada Sabtu", menurut data laman web penerbangan FlightAware.

Data itu mewakili lebih separuh atau hampir 4,400 penerbangan di seluruh dunia dibatalkan manakala hampir 8,600 penerbangan mengalami kelewatan di Amerika Syarikat.

Southwest Airlines, syarikat penerbangan paling sebuk terpaksa membatalkan kira-kira 400 penerbangan pada Ahad, menurut jurucakap syarikat itu kepada AFP sambil meramalkan akan ada lagi pembatalan penerbangan.

"Adakah awak mempermainkan saya@SouthwestAir," tulis seorang pelanggan di akaun Twitter. "Kami diminta tunggu hampir 3 jam untuk tempah semula kerana kami tidak boleh tempah secara dalam talian selepas tempahan ke dua dibatalkan".

Sabtu lalu, cuaca buruk dilaporkan ada kaitan dengan ribut salji Frida, memaksa Southwest membatalkan 490 penerbangan, kebanyakannya di negeri-negeri bahagian tengah utara di selatan Great Lakes sehingga ke barat ke Great Plains. - AFP

Media Baharu