fb fb fb fb fb

PM Sudan, Hamdok meletak jawatan gagal penuhi hasrat tentera

FOTO AFP

SUDAN, 3 Januari- Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok meletak jatawan pada Ahad selepas lebih dua bulan rampasan kuasa disusuli protes berdarah.

Sudan menjalani perjalanan rapuh ke arah pentadbiran lebih demokrasi sejak penyingkiran autokrat Omar al-Bashir pada 2019.

Negara bergolak itu kemudian terjerumus dalam situasi politik dan keselamatan lebih serius apabila Ketua Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Burhan melancarkan rampasan kuasa pada 25 Oktober lalu seterusnya menahan Hamdok.

Menerusi satu perjanjian dengan pemimpin tentera, Hamdok kembali menyandang jawatan itu pada 21 November lalu setelah diyakini berupaya menyelamatkan peralihan ke arah demokrasi termasuk janji mengadakan pilihan raya pada 2023.

"Saya telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan negara daripada terjerumus dalam malapetaka, Sudan sedang menuju ke tahap paling berbahaya mengancam kehidupan seluruh negara", kata Hamdok dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Jelas Hamdok, segara usaha telah dilakukan untuk memenuhi perjanjian seperti diharapkan juga menepati janji kami kepada rakyat berhubung keselamatan, keamanan dan menamatkan pertumpahan darah. Amat malang perkara itu tidak berlaku.

Semalam, beberapa jam sebelum Hamdok membuat pengumuman, pasukan keselamatan Sudan melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang berarak menuju ke Istana Presiden di Khartoum.

Kejadian itu menyebabkan, sekurang-kurang tiga orang terbunuh menjadikan jumlah kematian kepada 57 orang sejak sejak rampasan kuasa disusuli tunjuk perasaan pada 25 Oktober lalu. -AFP

Media Baharu