fb fb fb fb fb

Pakistan kini berdepan gelombang kelima COVID-19

FOTO: REUTERS

PAKISTAN, 3 Januari - Pakistan kini berdepan gelombang kelima COVID-19 di tengah-tengah peningkatan kes di seluruh negara.

Menteri Perancangan Asad Umar, yang juga ketua strategi antivirus negara, berkata terdapat bukti jelas bahawa gelombang kelima COVID-19 sedang bermula.

"Peningkatan kes melibatkan varian Omicron, terutamanya di Karachi adalah bukti jelas, selain lebih 500 jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas selama empat hari berturut-turut," katanya.

Negara Asia Selatan itu setakat ini melaporkan 28,941 kematian berkaitan COVID-19.

Kira-kira 70 juta daripada 210 juta rakyatnya telah lengkap vaksinasi.

 

Media Baharu