SRINAGAR, 15 November - Sembilan individu terbunuh manakala 29 yang lain cedera dalam satu letupan yang menggegarkan Balai Polis Nowgam di wilayah Jammu dan Kashmir di utara India.
Pihak berkuasa mengesahkan letupan tidak disengajakan itu berlaku lewat Jumaat malam ketika proses mengambil sampel daripada simpanan bahan letupan yang dirampas, sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.
Kebanyakan mangsa yang cedera merupakan anggota polis dan pegawai forensik.
Ltupan berkenaan, telah mengakibatkan Balai Polis Nowgam rosak teruk dan menjejaskan bangunan bersebelahan.
Insiden berlaku hanya beberapa hari selepas letupan kuat pada Isnin, yang mengorbankan 12 nyawa dan mencederakan 30 yang lain di New Delhi. - AFP