fb fb fb fb fb

22 cedera akibat letupan dan kebakaran kilang

Punca kejadian masih dalam siasatan / Foto AFP

EZEIZA, 15 November - Letupan kuat sehingga mengakibatkan kebakaran di kawasan perindustrian di selatan Buenos Aires, pada malam Jumaat telah mencederakan sekurang-kurangnya 22 individu.

Datuk Bandar Ezeiza, Gaston Granados memaklumkan insiden berskala besar itu melibatkan kilang yang berbeza dan setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan.

"Pihak berkuasa dikerah ke lokasi insiden bagi mengawal situasi dan kebakaran masih belum berjaya dipadamkan.

"Rakaman video turut menunjukkan asap tebal menyelubungi kawasan berkenaan,"katanya.

Sementara itu, Pengarah hospital, Carlos Santoro mengesahkan kesemua yang cedera sedang menerima rawatan.

Media tempatan melaporkan kejadian melibatkan lima kilang di kawasan perindustrian.

Dalam pada itu, Pengarah Pertahanan Awam Buenos Aires, Fabian Garcia tidak menolak kemungkinan kebakaran berkenaan, berlarutan untuk tempoh yang panjang. - AFP

FAUZIAH ABD RAHMAN