fb fb fb fb fb

Lelaki disyaki bakar bangunan parlimen Afrika Selatan bakal dihadapkan ke mahkamah

FOTO : AFP

 

CAPE TOWN, 3 Januari - Seorang lelaki yang disyaki membakar bangunan parlimen Afrika Selatan bakal dihadapkan ke mahkamah pada Selasa.

Berdasarkan siasatan; kebakaran tercetus pada pukul 3 pagi Ahad, di kompleks lama parlimen yang siap pada 1884 dan mempunyai bilik yang diperbuat daripada kayu.

Menurut polis, suspek ditahan di dalam bangunan parlimen.

Manakala jurucakap parlimen, Moloto Mothapo berkata keseluruhan dewan yang menempatkan ahli parlimen turut terbakar.

Bumbung bangunannya juga runtuh serta hilang sama sekali dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bangunan parlimen bersejarah itu menempatkan koleksi buku yang jarang ditemui selain turut mempunyai salinan asli lagu kebangsaan afrika.

Bagi mengelak bangunan baharu turut terjejas pihak bomba sedaya upaya mengawal api daripada terus merebak.

Cape Town merupakan lokasi persidangan parlimen Afrika Selatan sejak 1910. - AFP

Media Baharu