fb fb fb fb fb

Tujuh maut insiden tanah runtuh di lombong emas Indonesia

(Kemalangan perlombongan kerap berlaku di Indonesia akibat tanah
runtuh/Foto hiasan)

PONTIANAK, 17 September- Penyelamat Indonesia telah menemukan tujuh mayat selepas tanah runtuh di lombong emas haram yang menimbus kita-kira 20 orang, kata pegawai.

Mangsa sedang melombong emas di lereng bukit apabila tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat melanda kawasan di barat pulau Borneo, di wilayah Kalimantan Barat.

"Tujuh orang mati dan lima yang lain ditemui cedera. Yang lain masih hilang," kata Ketua Daerah Lembah Bawang Adris kepada agensi berita AFP.

(Tujuh maut insiden tanah runtuh di lombong emas Indonesia/AFP)

Tragedi itu berlaku Khamis lepas tetapi berita tidak segera disampaikan berikutan lokasi kejadian yang terpencil.

Polis tempatan berkata mereka telah berjaya mengenal pasti empat daripada mayat yang ditemukan dan usaha mencari mangsa lain diteruskan dengan bantuan penduduk tempatan dan keluarga mangsa.

Ketua polis kawasan itu, Bayu Seno berkata pasukan penyelamat masih dalam perjalanan dari bandar terdekat Pontianak, lebih 160 kilometer dari kawasan yang dilanda tanah runtuh.

"Pencarian mungkin mengambil masa seminggu, tetapi jika hujan berterusan usaha itu perlu ditangguhkan untuk mengelak lebih banyak tanah runtuh," tambahnya. -AFP

 

Media Baharu