HAT YAI, 27 November - Agensi Pengurusan Bencana Thailand segera menubuhkan hospital sementara di Lapangan Terbang Hat Yai apabila ratusan penduduk yang dipindahkan tiba di pusat pemindahan.
Video rakaman Thai PBS menunjukkan anggota perubatan dan tentera meletakkan katil di dalam bangunan lapangan terbang bagi menampung pesakit yang terjejas akibat banjir.
Air banjir mula surut di Thailand dan Malaysia pada Khamis (27 November), sekali gus membolehkan pasukan bencana lebih mudah menghantar bantuan dan memindahkan penduduk.
Sekurang-kurangnya 2.7 juta orang dilaporkan terjejas di sembilan negeri di selatan Thailand.
Dari bandar paling teruk terjejas, Hat Yai, seramai 3,000 orang dipindahkan ke tempat selamat, termasuk pesakit hospital yang kritikal yang diterbangkan keluar, menurut pihak berkuasa. -REUTERS