fb fb fb fb fb

Tujuh maut banjir kilat, tanah runtuh di Vietnam

Foto: AFP

HANOI, 25 Julai- Banjir kilat dan tanah runtuh tercetus oleh hujan lebat telah mengorbankan tujuh orang di utara Vietnam serta menghanyutkan kebanyakan kediaman, kata pegawai bencana dan media kerajaan hari ini.

Lima orang maut di Son La dan dua lagi terbunuh di Dien Bien berikutan hujan lebat.

Pekerja penyelamat juga sedang mencari 10 lagi yang dilaporkan hilang di wilayah pergunungan, tambah pegawai.

Menurut akhbar Tuoi Tre, banjir kilat awal hari ini menghanyutkan 10 rumah dan memusnahkan lapan rumah di Muong Pon di wilayah Dien Bien.

Hujan turun dengan lebat di utara Vietnam sejak Selasa, dan banyak kawasan termasuk pinggir ibu kota Hanoi dipenuhi air banjir berlumpur.

Vietnam sering dilanda hujan lebat, antara Jun dan November yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh.

Namun saintis telah memberi amaran bahawa kejadian cuaca ekstrem di seluruh dunia menjadi lebih kerap disebabkan oleh perubahan iklim.

Pada pertengahan Julai, tanah runtuh disebabkan hujan lebat mengorbankan 11 orang yang menaiki sebuah van di wilayah Ha Giang utara.

Tahun lalu, bencana alam menyebabkan 169 orang maut atau hilang di negara Asia Tenggara itu.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI