fb fb fb fb fb

Tiada lonjakan kes COVID-19 di Paris

Foto: BERNAMA

PARIS, 25 Julai- Perancis tetap berjaga-jaga dengan peningkatan kes COVID-19 walaupun setakat ini, tidak berlaku peningkatan kes di negara itu apabila pelancong mula meningkat menyertai Sukan Olimpik Paris, kata Menteri Kesihatan, hari ini.

"COVID-19 masih bersama kita pada tahap yang rendah tetapi kita tidak berada dalam tempoh peningkatan virus itu," kata Frederic Valletoux kepada penyiar Franceinfo.

Beliau berkata, pihak berkuasa setakat ini tidak akan memperkenalkan keperluan pemakaian pelitup muka.

"Tiada jenis isyarat amaran yang sangat kuat pada peringkat ini," kata Valletoux.

Sebilangan kecil daripada 10,500 atlet ketika ini diuji positif untuk COVID-19 sejak tiba ke negara itu.

"Kami tahu tidak akan ada risiko sifar," kata Valletoux.

Antara yang paling teruk terjejas ialah pasukan polo air wanita Australia, dengan ketua delegasinya, Anna Meares mengesahkan lima kes berlaku, manakala beberapa atlet Belgium juga diuji positif menurut doktor Jawatankuasa Olimpik.

Beberapa delegasi juga sudah mula memperkukuhkan langkah berjaga-jaga sebagai tindak balas.

Sebagai contoh, pasukan dayung Perancis mula mengerahkan pemakaian pelitup muka pada acara media sebelum pertandingan berlangsung. - AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI