DOHA, 20 November - Qatar mengecam serangan udara baharu Israel ke atas Gaza.
Menurut Kementerian Luar Qatar, tindakan itu mengancam untuk menggugat gencatan senjata yang rapuh selama beberapa minggu.
"Qatar menyifatkan tindakan berkenaan kejam oleh penjajah Israel di Gaza. Qatar turut menganggapnya sebagai eskalasi berbahaya yang mengancam perjanjian gencatan senjata," menurut kenyataan itu.
Doha turut menyeru usaha serantau dan antarabangsa secara bersepadu untuk mengekalkan dan menghormati perjanjian gencatan senjata.
Terdahulu, sebuah hospital di Gaza melaporkan empat orang terbunuh dalam serangan udara baharu Israel.
Serangan itu berlaku sehari selepas 27 orang terbunuh dalam insiden paling berdarah di Gaza sejak gencatan senjata, 10 Oktober.
Israel telah melakukan beberapa siri serangan sepanjang tempoh gencatan senjata; mengakibatkan lebih 312 rakyat Palestin terbunuh, menurut Kementerian Kesihatan Gaza. -AFP
ARTIKEL BERKAITAN: