(Kereta musnah ditimpa tanah runtuh di Korea Selatan/Reuters)
GOESAN COUNTY, 15 Julai- Sekurang-kurangnya tujuh maut dan tiga lagi hilang dengan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan akibat banjir di Korea Selatan, hari ini.
Negara itu berdepan malapetaka selepas ditimpa hujan lebat selama tiga hari yang menyebabkan tanah runtuh dan limpahan air empangan.
Setakat pukul 11.00 pagi waktu tempatan, seramai 1,567 orang dipindahkan dan angka itu dijangka akan meningkat.
"Pemindahan boleh meningkat kerana limpahan Empangan Goesan di wilayah Chungcheong Utara di sini yang membimbangkan," menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Korea Selatan.
Dalam pada itu, Korea Railroad Corp menghentikan semua perkhidmatan kereta api perlahan dan beberapa kereta api peluru akibat tanah runtuh, landasan banjir dan batu jatuh yang mengancam keselamatan.
Perdana Menteri, Han Duck-soo pula menyeru agar tentera turut serta dalam operasi menyelamat dan bekerjasama dengan pegawai kerajaan bagi menggerakkan peralatan dan tenaga kerja. -Reuters
(Tanah runtuh berlaku di gunung dan menimpa terowong di Gunsan,
Korea Selatan, semalam/Reuters)