fb fb fb fb fb

India lancar lagi roket ke bulan

(Chandrayaan-3/AFP)

SRIHARIKOTA, 15 Julai- India melancarkan roket tanpa pemandu dalam misi mendarat di bulan yang merupakan percubaan kedua negara itu dan negara keempat berbuat demikian.

Roket itu berlepas dari sini, negeri selatan Andhra Pradesh dengan membawa kapal angkasa Chandrayaan-3 yang dibangunkan oleh Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO).

Pelancaran semalam diiringi sorakan dan tepukan gemuruh daripada ribuan rakyat.

Perdana Menteri, Narendra Modi menerusi Twitter menyifatkan misi itu membawa harapan dan impian negara.

Percubaan pertama India pada empat tahun lalu gagal apabila kawalan darat terputus hubungan beberapa saat sebelum mendarat.

Rusia, Amerika Syarikat dan China merupakan negara terawal melakar kejayaan mendaratkan kapal angkasa di permukaan bulan.

Sementara itu, Chandrayaan-3 dijangka selamat mendarat di bulan bersama 'pendarat' dan 'rover' pada 23 atau 24 Ogos depan di kawasan belum diterokai iaitu berhampiran kutub selatan.

Selepas pendaratan, 'rover' akan melancarkan 'pendarat' dan meneroka kawasan berhampiran serta mengumpulkan imej untuk dihantar ke bumi bagi tujuan analisis.

'Rover' mempunyai hayat misi satu hari bulan atau 14 hari bumi.

(Chandrayaan-3/AFP)

Media Baharu