fb fb fb fb fb

Nissan tarik balik lebih 600,000 kenderaan di Jepun

(Foto AFP)

TOKYO, 15 Julai- Pengeluar kereta Nissan mengumumkan penarikan balik lebih 600,000 buah kenderaan di Jepun susulan pelbagai 'masalah' yang turut menjejaskan lebih 700,000 unit di luar negara.

Penarikan tersebut melibatkan lima model iaitu Note, Note Aura, Serena, Leaf dan Kicks.

Jurucakap pengeluar kereta Jepun itu bagaimanapun berkata, tidak kemalangan direkodkan berlaku akibat kerosakan berkenaan.

"Sebanyak 699,000 unit terjejas dengan kebanyakannya mempunyai lebih daripada satu kerosakan," katanya.

Penarikan sebanyak 484,025 unit model Note, Serena dan Kicks adalah disebabkan kerosakan pada penutup hos enjin yang boleh menyebabkan hos retak serta menghalang kenderaan daripada dihidupkan.

Sebanyak 478,199 kenderaan termasuk Note, Note Aura, Serena, Leaf dan Kicks pula ditarik semula kerana masalah program kawalan kenderaan, yang dalam keadaan tertentu boleh menyebabkan pecutan selepas kawalan pelayaran dihentikan.

Sementara itu, sebanyak 126,000 unit Serena dikesan ada masalah pendawaian, manakala 6,434 unit lagi melibatkan model sama ada masalah pada lampu depan kanan.

Pada masa sama, sekurang-kurangnya 749,000 kenderaan di pasaran luar negara turut terjejas dan penarikannya akan dikendalikan secara berasingan mengikut peraturan tempatan. -AFP


(Foto AFP)

Media Baharu