fb fb fb fb fb

Mexico dilanda gempa bumi 6.5 magnitud

(AFP)

TUXTLA GUTIÉRREZ, 15 Julai- Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud menggegarkan selatan Mexico pada awal pagi semalam.

Setakat ini, tiada laporan kematian atau kerosakan diterima pihak berkuasa.

Perkhidmatan Seismologi Kebangsaan melaporkan gegaran berlaku pada pukul 3.29 pagi pada jarak 140 kilometer (km) barat daya bandar Pijijiapan di negeri Chiapas, berhampiran sempadan dengan Guatemala.

Gegaran turut dirasai di negeri jiran Oaxaca.

Mexico mencatatkan aktiviti seismik yang aktif kerana terletak di Lingkaran Api Pasifik.

Pada September 2017, gempa bumi berukuran 7.1 magnitud membunuh 369 orang dengan majoriti mangsa di Mexico City, manakala gempa 8.1 magnitud meragut nyawa kira-kira 10,000 orang pada tahun 1985. -AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu