fb fb fb fb fb

Tujuh lagi maut dalam protes untuk Mahsa Amini

(FOTO AFP)

BUKAN, 14 Oktober- Tujuh lagi maut dalam protes antikerajaan di Iran susulan kematian Mahsa Amini.

Protes tersebut telah berlarutan hampir sebulan.

Pasukan keselamatan bertindak melepaskan tembakan bagi menyuraikan tunjuk perasaan berkenaan.

Bantahan diadakan di bandar Isfahan dan Karaj selain kampung halaman Mahsa Amini di Saqez.

Rakaman video dikongsi dua pertubuhan hak asasi manusia yang berpangkalan di Norway.

Menurut Kumpulan Hak Asasi Manusia, operasi pasukan keselamatan telah meragut sekurang-kurangnya 108 nyawa termasuk kanak-kanak.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mendakwa bantahan anti kerajaan mungkin dipengaruhi anasir luar.

Mahsa Amini sebelum ini ditahan di Tehran pada 13 September lalu atas kesalahan 'pakaian yang tidak sesuai' dan meninggal dunia tiga hari kemudian.

Kematian wanita Kurdish berusia 22 tahun itu mencetuskan demonstrasi di seluruh Iran.-AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu