fb fb fb fb fb

Pembedahan buang tumor sambil ahli muzik bermain seksofon

Ahli muzik berkenaan terus bermain muziknya sepanjang pembedahan yang mengambil masa sembilan jam. -Foto Italy24

ROM, 14 Oktober- Seorang pemain muzik Itali berusia 35 tahun menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di otaknya sambil meniup seksofon, di sebuah klinik di sini, semalam, lapor agensi berita Itali (ANSA).

Pembedahan di Paideia International Hospital itu diketuai pakar bedah otak, Christian Brogna, pakar dalam bidang pembedahan dalam keadaan sedar yang melakukan pembedahan serupa ke atas seorang pesakit yang bemain violin di London beberapa tahun lepas, menurut laporan itu.

Ahli muzik berkenaan terus bermain muziknya sepanjang pembedahan yang mengambil sembilan jam pada Isnin, katanya.

Pesakit itu dibenarkan pulang pada pagi semalam.

(Alat muzik seksofon)

"Ia merupakan pembedahan yang sangat sukar ke atas pesakit muda itu, dengan ketumbuhan di kawasan otak yang sangat kompleks, yang pada satu masa dikelaskan sebagai tidak boleh dibedah," kata Brogna kepada ANSA.

Beliau berkata prosedur itu menjadi lebih kompleks kerana pemuzik itu kidal. -BERNAMA

Media Baharu