fb fb fb fb fb

8 kanak-kanak mati, 3 hilang bot terbalik di Sungai Mekong

(Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen/fail Reuters)

PHNOM PENH, 14 Oktober- Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak terbunuh dan tiga lagi hilang di Kemboja selepas sebuat bot dalam perjalanan menghantar mereka ke rumah selepas selesai kelas Bahasa Inggeris karam di Sungai Mekong pada pagi Jumaat.

Menurut Ketua Polis tempatan, Am Thou bot tersebut dilaporkan lebih muatan menyebabkan karam di lokasi kira-kira 50 meter (160 kaki) dari dari destinasi dituju.

"Ia kejadian menyedihkan. Lapan pelajar mati dan tiga lagi masih hilang,” kata Am Thou.

Mangsa berumur antara 12 hingga 15 tahun, sementara dua orang dewasa kru bot dan dua pelajar berjaya diselamatkan.

Perdana Menteri Hun Sen menerusi status di Facebook merakamkan ucapan takziah dan menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa hujan yang menyebabkan kenaikan paras air Sungai Mekong.

Insiden melibatkan bot sememangnya perkara biasa di negara Asia Tenggara, kerana banyak penduduk tinggal berhampiran sungai yang merupakan jalan perhubungan penting bagi penduduk.

Pada 2009, sebuah feri lebih muatan terbalik di timur laut Kemboja mengorbankan sekurang-kurangnya 17 penumpang. -AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu