fb fb fb fb fb

Angka korban limpahan lumpur di Venezuela meningkat

(FOTO AFP)

LAS TEJERIAS, 14 Oktober- Angka korban akibat limpahan lumpur tebal di Venezuela dilaporkan bertambah.

Terbaharu, sebanyak 43 mayat ditemui selepas bencana melanda Las Tejerias, Sabtu lalu.

Pasukan penyelamat kini bertungkus-lumus bagi mencari 56 mangsa yang masih hilang.

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro berkata jumlah korban bencana alam itu merupakan yang terburuk dalam beberapa dekad dan mungkin mencecah sehingga 100 orang.

Hujan lebat luar biasa menyebabkan air sebatang sungai besar dan beberapa anak sungai melimpah, seterusnya mengakibatkan banjir lumpur.

Sebanyak 317 rumah musnah dan 757 lagi rosak.

Pencarian mangsa yang hilang diteruskan.

Bekalan air dan elektrik sudah pula sebahagiannya sudah dipulihkan.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu