fb fb fb fb fb

Banjir Texas: 32 maut termasuk 14 kanak-kanak

Foto AFP

TEXAS, 6 Julai– Seramai 32 individu termasuk 14 kanak-kanak disahkan maut dalam kejadian banjir kilat yang melanda kawasan tengah Texas, baru-baru ini.

Menurut pihak berkuasa, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang masih hilang, termasuk peserta kem, pelancong dan penduduk setempat.

Lebih 850 mangsa berjaya diselamatkan, termasuk sebahagian daripadanya yang berpaut pada pokok, selepas hujan lebat melanda kawasan Sungai Guadalupe, terletak kira-kira 137 kilometer barat laut San Antonio.

Rakaman dron menunjukkan kemusnahan besar di sekitar sungai tersebut dengan pokok tumbang serta serpihan hanyut.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat memaklumkan amaran kecemasan banjir kilat di daerah Kerr kini ditamatkan, namun pemantauan banjir masih berkuat kuasa sehingga pukul 7.00 malam bagi kawasan sekitarnya.

Sebelum ini, pihak berkuasa negeri telah mengeluarkan amaran awal sejak Khamis bahawa wilayah barat dan tengah Texas dijangka menerima hujan lebat serta berisiko dilanda banjir kilat.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM