fb fb fb fb fb

Jepun dakwa Korea Utara bangunkan kepala peledak kecil

(FOTO AFP)

TOKYO, 14 Oktober- Korea Utara berkemungkinan membangunkan kepala peledak nuklear kecil untuk dibawa peluru berpandu balistik jarak sederhana.

Menteri Pertahanan Jepun, Hamada Yasukazu berkata Pyongyang berkemungkinan mencapai keupayaan memasang kepala peledak kecil pada peluru berpandu seperti Nodong dan Scud-ER yang boleh sampai ke Jepun.

Hamada berkata demikian pada sesi jawatankuasa Dewan Rendah di parlimen bagi membincangkan siri pelancaran peluru berpandu Pyongyang.

Awal bulan ini, Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak perantaraan di ruang udara Jepun buat kali pertama sejak 2017.

Pyongyang turut melancarkan dua peluru berpandu terarah strategik jarak jauh, yang diselia pemimpin Kim Jong Un, pada Rabu.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu