TOKYO, 14 Oktober- Roket Epsilon-6 yang membawa lapan satelit, gagal dilancarkan.
Agensi angkasa lepas Jepun memaklumkan keadaan itu memaksa roket berkenaan diprogram untuk musnah dengan sendiri.
Kegagalan projek angkasa lepas tersebut adalah kali pertama dalam tempoh 20 tahun.
Sebaik berlepas, roket Epsilon-6 tidak berada dalam kedudukan yang betul untuk mengorbit mengelilingi bumi.
Ia terpaksa dibatalkan kurang tujuh minit setelah berlepas dari Pusat Angkasa Uchinoura, Kagoshima pada Rabu.
Menurut Presiden Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun (Jaxa), Hiroshi Yamakawa, pihaknya menghantar isyarat untuk memusnahkan kapal itu selepas didapati ia tidak berada dalam keadaan selamat untuk mengorbit.
Serpihan roket itu meletup dan jatuh di kawasan laut di timur Filipina dan punca kejadian masih disiasat.-AFP
(FOTO AFP)