fb fb fb fb fb

Fujian bersiap hadapi taufan Danas

Fujian bersiap sedia hadapi taufan Danas - Foto Reuters

FUJIAN, 5 Julai - Wilayah pesisir timur China, kini bersiap sedia menghadapi taufan Danas dengan penduduk diarahkan mengambil langkah berjaga-jaga.

Semua bot nelayan yang beroperasi di kawasan penternakan laut turut diarah berlabuh dan berlindung di pelabuhan berdekatan pada Sabtu dan Ahad.

0507 LNR CHINA TAUFAN DAFAN 2Semua bot nelayan diarah kembali ke pelabuhan untuk mengelak terperangkap dalam taufan - Foto Reuters

Danas, taufan keempat tahun ini, muncul sebagai ribut tropika sekitar pukul 2:00 pagi pada Sabtu di Laut China Selatan.

Ibu Pejabat Kawalan Banjir dan Bantuan Kemarau Wilayah Fujian pada Sabtu telah mengeluarkan arahan menggesa semua bot nelayan agar segera kembali ke pelabuhan untuk mengelak daripada terperangkap dalam taufan.

Pihak pengawal pantai turut digerakkan untuk membuat rondaan untuk membantu nelayan menambat bot dengan selamat dan memastikan semua kapal bersedia sepenuhnya menghadapi kedatangan taufan. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK