LOS ANGELES, 5 Julai - Kebakaran besar di California sejak tiga hari lalu berjaya dikawal, namun api telah memusnahkan 70,000 ekar (28,700 hektar) kawasan hutan.
Kebakaran dinamakan 'Madre Fire' itu tercetus pada Rabu di San Luis Obispo, sebuah daerah luar bandar di Amerika Syarikat.
Kira-kira 200 orang diarah berpindah, dengan puluhan bangunan berisiko terbakar.
Kebakaran itu adalah yang terbesar di California tahun ini - Foto AFP
Pihak bomba memaklumkan lebih 600 anggota dan 40 jentera bomba dikerahkan untuk mengawal kebakaran.
Kebakaran itu adalah yang terbesar di California tahun ini.
Gabenor California, Gavin Newsom, pada Jumaat memaklumkan 15 kebakaran baharu berlaku di tanah Persekutuan dalam tempoh 24 jam dan menggesa Presiden Donald Trump mengutamakan pembiayaan untuk sumber memadamkan kebakaran.
Sejak kembali ke White House pada Januari, Trump telah mengarahkan pemotongan belanjawan dan kakitangan di Perkhidmatan Hutan, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan serta dan FEMA, agensi Persekutuan yang menyelaraskan tindak balas bencana. - AFP