fb fb fb fb fb

UK pulihkan hubungan diplomatik dengan Syria

Setiausaha Luar David Lammy/ Foto REUTERS

MOSCOW, 6 Julai - United Kingdom (UK) secara rasmi telah memulihkan hubungan diplomatik dengan Syria menerusi lawatan bersejarah Setiausaha Luar David Lammy ke Damsyik.

Ia merupakan lawatan pertama oleh seorang menteri UK ke negara itu dalam tempoh 14 tahun, umum Pejabat Luar UK pada Sabtu, menurut Sputnik/RIA Novosti.

"Lapan bulan selepas kejatuhan rejim Assad, UK secara rasmi telah memulihkan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Syria susulan lawatan Setiausaha Luar ke Damsyik hari ini," menurut kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF