fb fb fb fb fb

Projek perluasan Masjidil Haram diteruskan

(FOTO AFP)

MAKKAH, 14 Oktober- Kerajaan Arab Saudi menerusi Kementerian Haji dan Umrah menjelaskan projek perluasan Masjidil Haram masih diteruskan.

Menterinya, Dr. Tawfiq Fawzan Al Rabiah berkata projek perluasan dan pembinaan yang dianggap terbesar dalam sejarah itu, tetap akan diteruskan demi keselesaan jemaah haji dan umrah.

Projek perluasan Masjidil haram diteruskan dengan kos lebih 200 bilion riyal (RM249 bilion).

Fasa ketiga projek perluasan berkenaan disambung semula pada Mei 2020 selepas beberapa bulan dihentikan ekoran wabak COVID-19.

Projek perluasan terbaharu itu membabitkan penambahan kapasiti dataran Tawaf bagi pertambahan 30,000 lagi jemaah.

Ia juga melibatkan pemasangan 78 pintu pagar automatik, penambahbaikan sistem bunyi, pembangunan sistem kamera pengawasan dan sistem amaran kebakaran.-AFP


(Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al Rabiah/AFP)

Media Baharu