fb fb fb fb fb

Rusia tembak jatuh jet tempur Ukraine

Foto REUTERS

KIEV, 10 Ogos - Tentera Udara Rusia menembak jatuh jet tempur dan ratusan dron milik Ukraine dalam tempoh beberapa hari lalu.

Sebagai tindak balas, Ukraine mendakwa telah melancarkan serangan dron ke atas hab logistik Rusia.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Rusia telah melancarkan serangan ke atas fasiliti pengeluaran Ukraine, pusat kawaan dron jarak jauh dan penempatan sementara pertahanan di 142 kawasan.

Tentera Rusia menembak jatuh sebuah pesawat tempur Ukraine jenis Su-27 dan 457 dron, kata Kementerian Pertahanan Rusia pada Sabtu.

Pihaknya juga mengambil alih kawalan penempatan di wilayah Donetsk, jelas kementerian itu.

Pada hari sama, Tentera Udara Ukraine melancarkan serangan dron jarak jauh yang menyasarkan hab logistik Rusia di Tatarstan.

Pihak Ukraine mendakwa hab itu berada sejauh 1,300 kilometer dari Ukraine, lokasi penyimpanan dron dan komponen penting Rusia.

Malah pihaknya turut menekankan akan terus menyerang fasiliti lain lebih jauh di Rusia.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memaklumkan rundingan telah dibuat dengan pemimpin Britain, Estonia, Denmark dan Perancis.

Ia bertujuan memberi laluan kepada negara berkenaan untuk menyelaras kedudukan mengenai aktiviti diplomatik berhubung gencatan senjata antara Ukraine dan Rusia.

Zelensky menjelaskan pihaknya tidak melihat sebarang perubahan terhadap pendirian Rusia, menyeru negara sekutu untuk keselamatan bersama dan menolak langkah menggadaikan wilayah Ukraine demi keamanan. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK