KAHERAH, 10 Ogos - Majlis Liga Arab akan mengadakan sesi luar biasa hari ini di peringkat wakil tetap bagi membincangkan cara menangani jenayah pendudukan Israel di Gaza.
Sesi yang dipengerusikan Jordan itu juga akan mengkaji mekanisme di peringkat Arab dan antarabangsa untuk menangani jenayah berkenaan.
Seterusnya menghalang tindakan keji itu dilakukan secara berterusan dan mendakwa pelakunya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Wakil Tetap Palestin ke Liga Arab Muhannad Al-Aklouk dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Liga Arab akan bersidang atas permintaan Palestin dan dengan sokongan negara anggota.
Ia susulan keputusan Israel untuk menduduki dan mengambil alih sepenuhnya Gaza sehingga mengakibatkan pemindahan paksa rakyat Palestin.
Antara yang yang akan dibincangkan ialah cara menghentikan malapetaka kemanusiaan yang meragut nyawa rakyat Palestin di Gaza. - Bernama