(FOTO HIASAN/REUTERS)
TOKYO, 13 Oktober- Objek menyerupai tulang termasuk tengkorak manusia dijumpai di luar taman tema popular, Universal Studio Jepun (USJ) di Osaka, pada Khamis, menurut pihak polis.
Seorang pegawai polis yang eggan didedahkan berkata pihaknya diarahkan untuk menjalankan siasatan susulan penemuan objek mirip tulang.
"Ia dikesan oleh seorang kakitangan yang menemui objek berkenaan ketika sedang memangkas pokok di kawasan taman tema itu," katanya
Beliau berkata, penemuan itu membabitkan satu tengkorak, rahang atas bersama tulang lain.
"Kami sedang menyiasat kes sama ada ia membabitkan kemungkinan jenayah atau kemalangan," katanya.
Tambahnya, belum ada petunjuk berkaitan jantina atau umur mayat berkenaan.
Berdasarkan saiz, media tempatan melaporkan ia kemungkinan adalah tulang orang dewasa.
(Taman tema popular, Universal Studio Jepun (USJ) di Osaka/FOTO HIASAN REUTERS)
Taman tema itu ditubuhkan pada 2001 dan menjadi taman tema pertama yang dibina di luar Amerika Syarikat (AS).
Ia merupakan antara pusat hiburan yang menjadi tumpuan pelancong. - AFP