fb fb fb fb fb

Canva umum capai 100 juta pengguna bulanan aktif

(Canva merupakan satu platform reka bentuk visual dalam talian/CANVA.COM)

SYDNEY, 13 Oktober- Canva, platform komunikasi visual global, hari ini mengumumkan bahawa lebih daripada 100 juta orang di 190 negara menggunakan platformnya setiap bulan.

Menurut kenyataan media yang dikongsi AFP, pelancaran 'Visual Worksuite Canva' baru-baru ini menjadi penyumbang lonjakan pertumbuhan itu dengan platform berkenaan memperoleh tambahan lebih  15 juta pengguna bulanan aktif bulanan.

Penguuna Canva boleh mengakses aplikasi menerusi pelbagai  peranti secara dalam talian dari mana-mana sahaja di dunia.

Menurut pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Canva, Melanie Perkins, pihaknya berbangga dengan pencapaian itu yang meningkatkan reputasi syarikat berkenaan sebagai satu platform reka bentuk yang menjadi pilihan pengguna pelbagai golongan.

"Kami amat berbangga untuk menandakan detik penting ini dalam misi kami untuk memperkasakan seluruh dunia dalam bidang reka bentuk.

"Dunia reka bentuk kini lebih penting berbanding sebelum ini. Pertumbuhan berterusan kami menunjukkan permintaan besar untuk platform kolaboratif, ringkas dan menyeluruh yang memperkasakan semua  peringkat pengguna, tidak kira profesional mahu pun amatur untuk menyerlahkan kreativiti," katanya.

Pertumbuhan berterusan Canva adalah bukti syarikat itu dalam masa singkat menjadi platform komunikasi visual pilihan dalam setiap lapangan.

(Pelancaran 'Visual Worksuite Canva' baru-baru ini menjadi penyumbang lonjakan pertumbuhan
itu dengan platform berkenaan memperoleh tambahan  lebih 15 juta pengguna bulanan aktif /CANVA.COM)

Kemudahan penggunaan, sifat kerjasama dan keluasan set produk Canva telah menyaksikan peningkatan penggunaan di seluruh dunia, dengan aplikasinya di tempat kerja melonjak merentasi pelbagai jenis profesion dan industri.

Permintaan ini dibuktikan dengan lebih 10,000 pekerjaan semasa di LinkedIn yang menyenaraikan Canva sebagai kemahiran diingini oleh syarikat termasuk American Express, Amazon, TikTok, LEGO dan Google.

Sementera itu, Naib Presiden Sosial dan Pemasaran Kandungan di SalesforceMarissa Kraines berkata, Canva telah menjadi platform yang tidak ternilai untuk perniagaan syarikatnya.

"Canva mengubah cara pasukan kreatif dan sosial kami untuk bekerjasama antara satu sama lain dengan memudahkan kakitangan mencipta reka bentuk baharu dalam masa sama mengekalkan konsistensi jenama,

"Ia juga membolehkan pasukan kami mengukur amalan terbaik apabila melibatkan komunikasi visual di seluruh syarikat, memastikan kami boleh mencipta kandungan yang menarik merentas semua saluran sosial dan milik kami," katanya.

Komunikasi semakin bersifat visual dan dunia pekerjaan tidak pernah menjadi lebih global, memperlihat kemahiran reka bentuk yang mudah dan kerjasama yang lancar serta lebih kritikal berbanding sebelum ini.

Apabila permintaan untuk komunikasi visual di tempat kerja meningkat, Canva terus berdedikasi untuk membina rangkaian lengkap aplikasi reka bentuk yang memperkasakan tenaga kerja moden untuk masa depan modal insan, merentas setiap industri.

CANVA PLATFORM KOMUNIKASI VISUAL

Dilancarkan pada tahun 2013, Canva merupakan satu platform reka bentuk dalam talian yang menawarkan pelbagai templat merangkumi pembentangan dokumen, laman web, grafik media sosial, poster,  video, serta kapasiti simpanan dalam talian untuk foto, ilustrasi, klip video dan audio, untuk semua pengguna berdaftar. -AFP

Media Baharu