ISTANBUL, 5 Mei- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau akan melanjutkan tarikh akhir untuk syarikat China, ByteDance bagi menjual aset TikTok di AS sekiranya tiada perjanjian dicapai menjelang 19 Jun, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Saya mahu ia diselesaikan. Saya ada sedikit ruang istimewa dalam hati saya kerana, seperti yang anda tahu, saya menang undi pengundi muda dengan kelebihan 36 mata. Itu besar,” kata Trump dalam temu bual bersama NBC News yang disiarkan pada Ahad.
“Ada tempat istimewa dalam hati saya terhadap TikTok,” tambahnya.
TikTok dihentikan operasinya di AS pada 19 Januari 2025 selaras dengan undang-undang yang memaksa perkhidmatan itu ditamatkan jika tidak dijual kepada syarikat AS.
Namun, hanya 12 jam kemudian, akses kepada aplikasi itu dipulihkan.
Trump menandatangani perintah eksekutif pada hari pertama beliau memegang jawatan yang termasuk penangguhan larangan itu selama 75 hari, dan melanjutkan tempoh tersebut selama 75 hari lagi pada 4 April.- BERNAMA-ANADOLU