fb fb fb fb fb

Iran lancar peluru berpandu balistik baharu, jangkau 1,200 km

Foto REUTERS

TEHRAN, 5 Mei– Iran melancar peluru berpandu balistik bahan api pepejal terbaharu dinamakan “Qassem Bassir” yang mempunyai jarak jangkauan sehingga 1,200 kilometer, lapor media rasmi negara itu.

Menteri Pertahanan, Aziz Nasirzadeh berkata, Iran bersedia untuk bertindak balas dengan penuh ketegasan sekiranya diserang, sambil menegaskan bahawa negara itu tidak memusuhi mana-mana jiran.

Bagaimanapun, katanya pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di rantau itu tetap akan menjadi sasaran sekiranya berlaku pencerobohan.

Pada hari sama, kumpulan Huthi di Yaman yang disokong Iran melancarkan peluru berpandu yang mendarat berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion, Israel sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Serangan itu merupakan sebahagian daripada siri pelancaran peluru berpandu dan dron ke arah Israel, manakala AS meneruskan serangan udara ke atas kedudukan Huthi sejak 15 Mac lalu, dengan Presiden Donald Trump menegaskan bahawa Iran akan dipertanggungjawabkan atas sebarang tindakan kumpulan tersebut.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM