QUETTA, 5 Mei– Jumlah kematian akibat letupan sebuah lori tangki minyak di barat daya Pakistan meningkat kepada 19 orang, seminggu selepas kejadian tersebut, kata pegawai polis tempatan, Muhammad Hasan Mengal.
Letupan berlaku apabila orang ramai berkumpul untuk memadam kebakaran pada lori yang berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah pasar.
Pihak polis sedang menyiasat kemungkinan wujudnya unsur kecuaian. - AFP