fb fb fb fb fb

Trump desak Demokrat tamatkan krisis penutupan kerajaan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menjawab soalan media/REUTERS

WASHINGTON, 3 November - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggesa parti Demokrat menamatkan krisis penutupan kerajaan seterusnya membuka semula kerajaan persekutuan itu.

Penutupan kerajaan berlaku selepas Demokrat menuntut rundingan lanjutan mengenai kredit cukai persekutuan bagi membantu rakyat membeli insurans kesihatan sebelum meluluskan pembiayaan kerajaan.

Republikan pula mahu kerajaan dibuka semula sebelum rundingan diteruskan.

Akibat krisis berkenaan, hampir 42 juta rakyat Amerika dijangka kehilangan bantuan makanan mulai Sabtu lalu apabila dana program tersebut tamat.

Kira-kira 750,000 pekerja persekutuan digantung tugas sejak pembiayaan kerajaan berakhir, walaupun pentadbiran Trump masih membayar anggota tentera, penguat kuasa undang-undang dan pegawai imigresen.

Pejabat Belanjawan Kongres menganggarkan penutupan itu menyebabkan kos antara AS$7 bilion sehingga AS$14 bilion, serta menurunkan sehingga dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi suku keempat tahun ini.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ